BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras, bilas dan tos
Air bertapis dari Cuckoo
400g ayam, potong kiub
4 sudu besar kicap
1 inci halia, kisar halus untuk dapatkan jus
6 sudu besar sos tiram
8 shiitake mushroom, rendam dan hiris
4 sudu besar minyak bijan
150g ikan masin
4 sudu besar gula perang
2 sudu serbuk lada putih
Daun bawang, hiris untuk hiasan
CARA-CARA:
1. Perap ayam selama 20 minit dengan 3 sudu sos tiram, 2 sudu besar kicap, 2 sudu besar minyak bijan, halia kisar dan 1 sudu besar serbuk lada putih.
2. Set mode multicook selama 20 minit, masukkan ayam dan stir fry separuh masak.
3. Tos dan masukkan ayam dalam bekas berasingan
4. Masukkan hirisan cendawan shiitake dan masak sekejap. Tos dan masukkan ke dalam bekas ayam.
5. Masukkan 3 cawan beras dan air sehingga level 3. Masukan hirisan ikan masin dan gaul rata.
6. Set mode Mixed Rice
7. Selepas nasi siap masak gaulkan sedikit nasi dengan chopstick, ratakan ayam dan cendawan atas nasi.
8. Jiruskan dengan sedikit sos campuran sos tiram, kicap, minyak bijan, gula dan serbuk lada putih
9. Tutup semula periuk dan set mode Nu Rung Ji
10. Selepas 15 minit, gaul rata nasi dan hidangkan nasi bersama hirisan daun bawang, sayur pak choy yang dicelur atau telur mata kerbau